Persis Dara Vs Royal V
Baru je dapat pertanyaan dari seorang pengguna lama. Dulu Kak Syarifah memang pengguna tegar produk Jamu Ratu Malaya. Tapi dia terpaksa tinggalkan selepas mengikut suaminya pergi ke Perth Australia atas urusan kerja.
Dah selesai tugas di sana, Kak Syarifah sekeluarga menetap di Serdang. Kebetulan Sis pula memang kenal dia lama sudah sebab dia senior di Upper Six. Jadi memang rancaklah perbualan Sis dengan dia. Cerita dari sekolah sampailah ke alam rumah tangga.
Jadi ditanya Sis pasal bisnes online yang Sis jalankan. Sebut je Jamu Ratu Malaya terus je dia tersenyum. Memang lama dah dia tak mengamalkan produk Jamu Ratu Malaya selepas pindah ke Perth. Dia minta Sis poskan 3 Persis Dara. Sis blur kejap.
Barulah Sis teringat, Persis Dara ni Bonda Rozita ada sebut nama sebelum Royal V. Lagilah macam-macam pertanyaan yang diajukan oleh Kak Syarifah kenapa lain pula namanya. Ada masalah ke atau produk tu dah tak keluar lagi sebab ada barang terlarang ke.
Sis senyum je. Yang pasti Sis memang ada jawapannya. Royal V ini sebenarnya penambahbaikan Persis Dara yang memang dulunya meletup di era tahun 2013. Formulasi baru ini lebih Wow!! Wow macam mana tu? Terkebil-kebil mata Kak Syarifah mendengarnya. Persis Dara hanya menggabungkan 7 sahaja ramuan mantap dan memang menjadi perbualan ramai. Tapi formulasi Royal V kali ini ada penambahan 10 lagi ramuan hebat dan menjadikannya 17 ramuan di dalamnya.
Kak Syarifah yang tahu akan penangan Persis Dara ni dah mula tak tentu arah. Dia nak 5 botol dan nak terus jadi ahli JRM.
Keesokannya Sis pun hantarlah 5 botol Royal V ke Poslaju. Alhamdulillah sampai pada hari esoknya. Sis pun mintalah testimoni dari Kak Syarifah. Jadi lepas dia dah start gunakan nanti, Sis nak pastikan testimoni terbaik yang keluar dari mulutnya sendiri. Nanti Sis kongsikan dalam blog ni.
Sis akhiri penulisan kat sini ye!!
Stay Tune♥♥♥
Comments
Post a Comment